fbpx

Diva AA selar selebriti rentas negeri, tak patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azwan

PETALING JAYA – Selebriti sensasi, Azwan Ali sekali lagi menjadi bualan ramai apabila kini trending di Twitter disebabkan ciapan ‘pedas’ berhubung isu selebriti tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Tidak menyebut nama mana-mana selebriti, menerusi satu muat naik video, pemilik nama lengkap, Mohamed Azwan Ali, 55, itu menyelar mana-mana selebriti yang merentas negeri sampai ke Nilai 3, Negeri Sembilan semata-mata ingin memberi karpet.

“Tak payah menggelupur pergi Nilai 3! Dahlah kau tak rentas negeri tak ikut SOP.

“Sini berlambaklah sedih! kau terasa ke? kaulah!,” getus hos yang mesra disapa sebagai Diva AA itu.

Dalam muat naik ciapan berasingan, pemilik Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya itu turut melahirkan sokongan terhadap kenyataan pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkaitan kenyataan seorang selebriti ‘kumpul’ pahala selepas dikecam netizen ekoran dakwaan melanggar SOP.

“Hidup Ridhuan Tee! Makikan je! ‘Tag’ mana-mana sempudal bangsat kluster kayangan,” ciap Azwan.

Terkenal dengan ciapan ‘keras’ berbaur makian, Azwan turut mencuri tumpuan apabila sempat menjawab salam sebelum ‘bertekak’ dengan seorang pengguna Twitter yang tidak diketahui identitinya.

Pemilik akaun Twitter berkenaan mempersoalkan tindakan Azwan yang galak memaki-hamun orang lain sedangkan dalam video yang dimuat naik, dirinya kelihatan tidak memakai pelitup muka di sebuah kedai menjual karpet di ibu negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI