fbpx

4,519 kes baharu, 25 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes Covid-19 terkini.

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini masih melepasi angka 4,000 dengan 4,519 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 436,944 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,514 kes penularan tempatan dan lima kes import, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 36,564 kes.

“Terdapat 25 kes kematian dilaporkan dan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,657 kes.

“Kes sembuh pula sebanyak 2,719 kes menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 398,723 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 393 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 210 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI