fbpx

KPNDHEP benarkan 38 sektor perniagaan beroperasi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Program Jualan Prihatin Raya di perkarangan KPDNHEP di sini hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kebenaran operasi bagi 38 jenis sektor perniagaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat berdasarkan sejarah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi diamalkan premis itu selama ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya akui ada segelintir pihak tidak berpuas hati terhadap senarai dikeluarkan itu kerana ada antaranya bukan perkhidmatan perlu.

Beliau berkata, berdasarkan data dikeluarkan, pihaknya mendapati 98.36 peratus premis perniagaan yang diperiksa setakat 5 Mei lalu patuh kepada SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sejak tahun lalu hingga kini, kami sudah memeriksa 528,581 premis di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 520,028 premis atau 98.36 peratus patuh kepada SOP.

“Manakala, hanya 0.11 peratus atau 597 premis diberi amaran dan 178 premis (0.03 peratus) sahaja dikenakan kompaun,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Jualan Prihatin Raya (JPR) di sini hari ini.

Sebelum ini, segelintir pihak mempertikai keputusan KPDNHEP yang membenarkan beberapa premis perniagaan seperti kedai perabot, kedai emas dan kedai tembakau (termasuk vape bernikotin) beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Alexander berkata, pihaknya berani membenarkan operasi premis perniagaan itu berdasarkan rekod kepatuhan SOP yang tinggi diamalkan premis itu sejak tahun lalu hingga kini.

Menurutnya, beliau akui kedai perabot dan kedai emas bukan perkhidmatan perlu tapi ia sentiasa menjadi tumpuan utama pengguna khususnya pada musim perayaan.

– K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI