fbpx

Cinta Jinwoon, Kyung-ri berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JINWOON dan Kyung-ri (kiri).

SELEPAS empat tahun menjalinkan cinta, Jinwoon 2AM mengesahkan hubungan dengan kekasihnya, Kyung-ri sudah pun berakhir.

Perkara tersebut turut disahkan agensi penyanyi wanita itu, YNK Entertainment menerusi kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Ya betul, Kyung-ri dan Jinwoon baharu sahaja putus cinta,” tulis kenyataan tersebut ringkas tanpa mendedahkan punca sebenar perpisahan tersebut.

Biarpun hubungan mereka sudah terlerai, namun perkara tersebut tidak memberi sebarang impak kepada perkembangan kerjaya masing-masing.

Terbaharu, Jinwoon, 31, dikhabarkan bakal terlibat dalam filem Am I The Only One Seeing This?, sekali gus menjadi projek filem terbaharunya selepas tamat latihan ketenteraan wajib pada Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Kyung-ri pula masih lagi dalam penggambaran drama bersiri terbitan JTBC berjudul Undercover.

Untuk rekod, mereka mula menjalinkan cinta bermula Februari 2017 namun hanya mendedahkan kepada umum pada November 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI