fbpx

Vaksin Covid-19 lubuk duit Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer di sebuah hospital di Ankara 3 Mei lalu. – AFP

NEW YORK – Gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfi­zer mengumumkan pendapatan AS$3.5 bilion (RM14.4 bilion) hasil jualan vaksin Covid-19 keluarannya sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, lapor akhbar New York Times kelmarin.

Pendapatan suku pertama tersebut menyamai hampir satu perempat perolehan tahunan Pfizer sekali gus menjadikan vaksin Covid-19 sumber pendapatan terbesarnya.

Pfizer tidak mendedahkan keuntungan yang diperoleh daripada jualan vaksinnya tetapi mengulangi ramalan sebelum ini bahawa margin keuntungan adalah sekitar 20 peratus atau bersamaan AS$900 juta (RM3.7 bilion) untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Syarikat itu sebelum ini menerima pujian meluas kerana membangunkan teknologi yang belum terbukti keberkesanannya tetapi berjaya menyelamatkan begitu banyak nyawa manusia.

 

KENDERAAN melintas di hadapan papan tanda mengumumkan vaksin ‘Pfizer Hari Ini ‘di sebuah pusat vaksinasi di Los Angeles pada 3 Mei lalu. – AFP

Bagaimanapun, agihan vaksin Pfizer ketika ini dikatakan tidak saksama dengan tumpuan diberikan kepada negara-negara kaya sekali gus bertentangan dengan janji ketua pegawai eksekutifnya bahawa negara miskin mempunyai akses vaksin Covid-19 yang saksama seperti negara kaya.

Realitinya, setakat perte­ngahan April lalu, negara-negara kaya memperoleh lebih 87 peratus daripada 700 juta dos vaksin Covid-19 yang dihantar ke seluruh dunia sedangkan pene­rimaan negara-negara miskin cuma 0.2 peratus, demikian menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut WHO, kira-kira seorang dalam setiap empat orang di negara kaya menerima suntikan vaksin Covid-19 berbanding seorang dalam setiap 500 penduduk negara miskin.

Namun, Pfizer menya­takan bahawa ia komited menjadikan vaksin keluarannya boleh diakses oleh negara-negara dunia.

“Pfizer telah menghantar 430 juta dos vaksin Covid-19 kepada 91 negara atau wilayah hari ini (kelmarin),” kata seorang jurucakapnya, Sharon Castillo.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan berapa banyak dos yang dijual kepada negara-negara miskin.

WHO sebelum ini menyatakan bahawa Pfizer hanya memberikan bantuan minimum kepada negara-negara paling miskin di dunia.

Pfizer berjanji untuk me­nyumbang sehingga 40 juta vaksin kepada program agihan vaksin WHO, Covax yang bermatlamat membekalkan vaksin kepada negara-negara miskin.\\

Jumlah itu kurang dua peratus daripada 2.5 bilion dos vaksin yang Pfizer dan rakan kongsinya, BioNTech sasarkan pada tahun ini.

Sejak penghantaran bermula pada Februari lalu, sekitar 960,000 dos vaksin Pfizer telah dihantar ke negara berpendapatan pertengahan dan rendah yang menerima vaksin menerusi program Covax. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI