fbpx

Tiga laporan polis termasuk ke atas Datuk Seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Mohd. Fakrunizam Ibrahim (depan) bersama beberapa individu membuat laporan polis di Balai Polis Raub di Raub hari ini.

RAUB – Tiga laporan polis dibuat hari ini terhadap beberapa pihak termasuk seorang individu bergelar Datuk Seri yang didakwa menganjurkan majlis sosial hiburan sehingga menyebabkan penularan wabak Covid-19 di daerah ini.

Laporan polis dibuat Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Raub, Datuk Mohd. Fakrunizam Ibrahim; Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Raub, Rosdi Ali dan seorang peniaga kecil.

Mohd.Fakrunizam berkata, laporan polis dibuat bagi meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap individu yang menganjurkan majlis hiburan serta pihak yang bertanggungjawab memberikan kebenaran aktiviti sosial hiburan ketika penularan wabak Covid-19.

Katanya, akibat peningkatan kes Covid-19 menyebabkan seluruh daerah yang terkenal dengan Durian Musang King itu kini dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga membebankan peniaga kecil khususnya di bazar Ramadan yang tidak dapat berniaga.

“Penularan ‘Kluster Datuk Seri’ ini isunya sama dengan Kluster Sivagangga. Kenapa semasa dalam keadaan darurat Covid-19 dan dalam bulan Ramadan pusat hiburan dibuka dengan aktiviti persundalan dan maksiat.

“Jadi kita mahukan tindakan dikenakan terhadap Datuk Seri terbabit dan turut siasat siapa yang membenarkan pusat hiburan seperti itu dibuka,”katanya di sini hari ini.

Seluruh daerah Raub dikenakan PKPD bermula 30 April hingga 13 Mei manakala enam lokaliti di daerah itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan Kluster Raub Jaya yang berpunca daripada aktiviti sosial.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI