fbpx
Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd. Rudzuan Ahmad (kiri) menunjukkan daun ketum yang dirampas di Kampung Geting, Tumpat malam tadi.- Foto Ihsan Polis Marin

Tidak sempat seludup 800 kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menahan lima suspek termasuk dua wanita yang dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan 800 kilogram daun ketum ke negara jiran di sebuah rumah di Kampung Geting di sini malam tadi.

Komander Operasi PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan pada pukul 10.30 malam itu melibatkan jumlah rampasan daun ketum bernilai RM80,000.

Katanya, sebelum tangkapan dilakukan, anggota PPM menjalankan intipan selama sejam di rumah tersebut dan melihat dua orang lelaki sedang memunggah bungkusan masuk ke dalam sebuah kenderaan.

“Ketika serbuan dijalankan, kita dapati 11 bungkusan plastik hitam yang dibawa oleh mereka itu mengandungi daun-daun ketum.

“Kita turut menahan seorang lagi lelaki bersama dua wanita yang berada di dalam rumah berkenaan, Selain itu, kita menemui 2,982 bungkusan plastik daun ketum yang diikat dengan getah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an kini ditahan dan barangan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.-K! ONLINE