fbpx

Sambutan 75 tahun UMNO lambang perjuangan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Sambutan ulang tahun ke-75 UMNO yang bakal disambut pada 11 Mei ini memberi terjemahan sebagai sebuah parti yang begitu lama berjasa kepada rakyat dan negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, usia 75 tahun UMNO menandakan pencapaian tempoh Jubli Intan dalam perjuangan yang panjang.

“UMNO kini mempunyai 21,135 cawangan, 191 UMNO Bahagian di 13 negeri dengan keahlian 3.3 juta orang sekali gus menjadi parti politik terbesar di Malaysia.

“Susulan itu, diharapkan agar 191 UMNO Bahagian di seluruh negara mengadakan sambutan secara sederhana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya di sini tadi.

Katanya, bendera Sang Saka Bangsa perlu dinaikkan di Pejabat UMNO Negeri dan Bahagian serta di kawasan tertentu yang difikirkan sesuai bermula seawal mungkin.

“Ahli juga boleh mengadakan solat hajat, doa selamat dan bacaan Yassin agar pemimpin, ahli dan penyokong terus dilindungi.

“Sempena Syawal dan Ramadan pula, disyorkan UMNO Bahagian terus melakukan program Ziarah Kasih dan membantu mereka memerlukan di kawasan masing-masing,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI