fbpx

Pasangan suami isteri didakwa cederakan pelajar tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norizan dan suaminya Muhammad Yaqoob, ketika tiba di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.

AMPANG – Sepasang suami isteri yang merupakan pengurus sebuah pusat tahfiz didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mendatang cedera terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun  pada Mac lalu.

Norizan Yahaya, 52, dan suaminya Muhammad Yaqoob, 32, yang merupakan warga Pakistan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di dua Mahkamah Majistret berasingan.

Di hadapan hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar, Norizan didakwa mendatangkan cedera terhadap terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Taman Tun Abdul Razak di sini pukul 6 petang antara 9 Mac dan 6 petang pada 23 April lalu yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara di hadapan Majistret Normaizan Rahim, suami Norizan, Muhammad Yaqoob didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan rotan sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada tempat dan tarikh sama yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 18 Jun untuk sebutan semula kes.

Kosmo! Online pada 27 April lalu melaporkan sepasang suami isteri ditahan polis selepas didakwa terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak di sebuah pusat tahfiz Taman Tun Abdul Razak. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI