fbpx

Jawi lancar Pelan Strategik 2021- 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (tengah) membelek buku Pelan Strategik Jawi 2021-2025 sambil disaksikan Pengarah Jawi Datuk Mohd. Ajib Ismail (kiri) dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Jabatan Perdana Menteri, Salwani Ismail (kanan).

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini melancarkan Pelan Strategik Jawi 2021- 2025 yang menggariskan tujuh teras utama.

Majlis pelancaran pelan strategik itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, hari ini.

Menurut Jawi, tujuh teras utama berkenaan termasuk memperkasakan agenda dakwah secara bersepadu, inovatif dan menyeluruh; memperkasakan pengurusan pendidikan yang holistik bagi melahirkan insan berdaya saing, berilmu dan berakhlak mulia serta memperkasakan tadbir urus institusi masjid, surau dan tanah perkuburan Islam.

“Teras utama lain adalah memperkukuhkan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang syariah untuk kesejahteraan ummah; memperkasakan hal ehwal kekeluargaan Islam untuk kesejahteraan ummah; memantapkan penyelidikan dan perancangan strategik jabatan serta memperkasakan pengurusan organisasi dan pembangunan fizikal untuk kelestarian jabatan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, turut diperkenalkan bersama pelan strategi itu adalah nilai-nilai bersama JAWI iaitu Jiwa Juara, Akauntabiliti, Wibawa dan Insaniah.

Jelasnya lagi, Pelan Strategik Jawi 2021-2025 bertujuan mendokong misi bagi memperkasakan pengurusan hal ehwal Islam secara efisien dan efektif berteraskan Maqasid Syariah untuk kesejahteraan ummah khususnya di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Ia digubal dengan mengambil kira fungsi Jawi sebagai pelaksana kepada dasar-dasar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta selaras dengan dasar-dasar semasa kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI