fbpx

Selebriti, instafamous tolong sensitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Setiap hari, rakyat diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) atau kena kompaun.

Malah, sudah ada yang dikompaun termasuk selebriti dan peniaga. Ada kompaun RM10,000 dan RM50,000.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, ada saja kisah selebriti, instafamous melanggar SOP sehingga netizen muak dan naik rimas.

Bermula kisah kahwin, lahirkan anak, majlis tahnik dan bulan madu yang disambut secara besar-besaran, semua langgar SOP.

Tidak terkecuali mereka yang dapat kebenaran rentas negeri bagi menghantar ‘hadiah’ kepada keluarga, yang pasti ia bukan kecemasan.

Cerita ini tidak diketahui netizen sehinggalah golongan kayangan ini sendiri yang muat naik dalam media sosial dan tular.

Apabila sudah viral, netizen juga dipersalahkan.

Pandemik yang mencatatkan jumlah kes positif empat angka sewajarnya menuntut pematuhan SOP yang tinggi.

Selepas dikompaun RM60,000 atas dua kesalahan langgar SOP, Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd. Ismail sekali lagi sohor kerana didakwa membeli karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Biarpun Neelofa telah memadam perkongsiannya di Insta Story setelah ia menjadi viral, pihak polis mengesahkan kes itu sedang disiasat.

Tidak terkesankah kompaun yang dikenakan kepada mereka sebelum ini?

Sama juga dengan penganjuran majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga dalam siasatan pihak polis kerana didakwa melanggar SOP.

Majlis yang diadakan di kediaman selebriti itu di Ampang itu juga mencetuskan kontroversi dengan kehadiran seorang penceramah terkenal.

Tidak terkecuali majlis berbuka puasa seorang selebriti di sebuah hotel yang tiada penjarakan sosial.

Tindakan golongan kayangan ini berterusan melanggar SOP sangat tidak sensitif.

Renunglah perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berhubung kadar penggunaan katil rawatan kritikal/Unit Rawatan Rapi Covid-19 yang kini mencapai 90 peratus.

Jika trend peningkatan berterusan maka kapasiti kesihatan berada pada tahap kritikal.

Perkongsian di media sosial, mengenai keletihan mental dan fizikal frontliner sangat meruntun jiwa. Tumbang mereka susahlah semua.

Ketika ini juga banyak sekolah ditutup selepas terus mencatatkan kes positif. Malah, ada negeri yang merancang melaksanakan total lock down.

Jika benar Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan di beberapa negeri, apakah nasib pemandu van, bas sekolah serta pengusaha kantin apabila institusi pendidikan ditutup.

Kepada selebriti dan instafamous simpanlah ghairah anda berkongsi di media sosial, berilah contoh pematuhan pada pengikut anda yang berjuta-juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI