fbpx

Saya bukan anak guru agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zizi Kirana

PETALING JAYA – Penyanyi rap, Zizi Kirana menjelaskan kekeliruan ramai pihak yang sebelum ini mendakwa dia merupakan anak seorang imam masjid atau guru agama.

Sebaliknya jelas pemilik nama sebenar, Nur Fazelah@Zizie Mad Tahil, 36, itu, dia hanyalah anak orang biasa dan bukannya anak seorang agama­wan seperti didakwa.

“Ini salah faham yang perlu saya betulkan. Banyak komen netizen dalam media sosial yang membuat dakwaan ayah saya seorang agamawan, imam, tahfiz dan tok guru.

“Akibat salah faham tersebut, terlalu ramai yang me­minta saya mengadakan kelas mengajar mengaji. Eh!

Sedangkan ayah saya orang biasa dan ha­nya imam dalam keluarga kami sahaja,” katanya kepada Kos­mo! baru-baru ini.

Tambah pelantun lagu Eh! itu, ibu bapanya turut dihujani dengan jemputan mengajar mengaji daripada orang ramai.

“Sebenarnya, bapa saya bukan imam seperti yang didakwa­ dan saya juga tidak layak digelar sebagai hafizah kerana saya hanya boleh mengajar mengaji peringkat asas sahaja iaitu Muqaddam.

“Jadi, semua dakwaan tersebut tidak benar dan berhenti sebarkan perkara tersebut. Takut ramai salah faham,” katanya lagi.

Tutur penyanyi berasal dari Sipitang, Sabah itu lagi, di­sebabkan perkara tersebut, dia dihujani undangan penganjur yang berhasrat menjemputnya mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sewaktu majlis berbuka puasa.

“Banyak jemputan mengaji yang saya terima sedangkan tahap bacaan saya hanya pe­ringkat asas sahaja, risau pula rentak mengaji berubah menjadi lagu Eh! ketika membaca ayat al-Quran,” jelasnya lagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI