fbpx

Naeem Carpet trending angkara Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai Naeem Carpet di Nilai 3, Nilai yang dikunjungi Neelofa dan Haris, Ahad lalu sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

SEREMBAN – Kontroversi yang dicetuskan usahawan, Noor Nee­lofa Mohd. Noor dengan merentas negeri ke Nilai 3 dekat sini baru-baru ini secara tidak langsung telah memberi tempias kepada sebuah premis karpet di kawasan berkenaan.

Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail dilaporkan telah mengunjungi sebuah kedai karpet dikenali Naeem Carpet dalam kejadian pada Ahad lalu.

Seorang pekerja dikenali sebagai Hussein berkata, nama Naeem Carpet kini tiba-tiba menjadi sebutan para pengunjung selepas isu Neelofa merentas ne­geri tular di media sosial.

“Seluruh Malaysia dah kenal Naeem Carpet termasuk orang di Sabah dan Sarawak. Semua sebab Neelofa.

“Tindakan dia (Neelofa) mungkin nampak positif kepada kami, tetapi turut menimbulkan masalah apabila polis telah datang ke kedai pagi tadi (semalam) untuk ambil keterangan,” kata­nya ketika ditemui di premis berkenaan dekat sini semalam.

Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan Neelofa bersama suaminya turut membeli karpet di premis berkenaan yang didakwa bernilai ribuan ringgit.

“Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan beberapa karpet jenis lain.

“Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan mengenai tindakan Neelofa yang sekali lagi menjadi bualan netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3 untuk membeli karpet.

Netizen turut mempersoalkan bagaimana pasangan selebriti itu boleh nerentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Perkara tersebut mula menjadi bualan selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video dalam InstaStorynya yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet.

Dalam video yang dikongsi juga, dia dilihat merakam seorang pekerja dan turut mempromosikan kedai tersebut yang terletak di Nilai 3. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI