fbpx

Lee Hyori bersedia ada anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE HYORI

SELEPAS hampir sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi Lee Hyori mengakui sudah bersedia untuk menerima kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan bersama suami.

Hyori mendedahkan hasratnya ketika muncul dalam temu bual bersama majalah Harper Bazaar baru-baru ini.

“Rasanya, keberadaan saya di dunia ialah untuk mempelajari sesuatu. Ada yang kata, menjadi ibu bapa ialah kajian terbaik untuk jiwa.

“Saya mahu belajar tentang cinta, pengorbanan dan usaha yang dilalui oleh seorang ibu,” katanya.

Penyanyi itu juga bercerita tentang keadaannya selepas kematian anjing peliharaan kesayangan bernama Soonshim pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun Hyori mendedahkan dia sebenarnya, perlahan-lahan bangkit daripada kesedihan.

“Selepas Soonshim mati, saya sangat sedih dan hidup dalam fasa yang cukup sukar. Tetapi selepas menerima kiriman bungkusan biskut import daripada seorang rakan, emosi saya berubah.

“Sekarang saya sedang belajar membuat seramik. Menggunakan kedua-dua belah tangan untuk meluahkan apa yang saya rasakan adalah pengalaman menakjubkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI