fbpx

Gaji lumayan urus pulau persendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon dikehendaki menguruskan pulau peribadi milik keluarga tersebut di Bahamas. - Zunnoon Ahmed/Metro UK

BAHAMAS, CARIBBEAN – Sebuah keluarga kaya menawarkan pekerjaan sebagai pengurus domestik kepada pasangan berminat untuk menguruskan pulau peribadi milik mereka di Kepulauan Bahamas, lapor akhbar Metro UK semalam.

Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak £90,000 setahun (RM515,574).

Calon yang dicari perlu mempunyai pengalaman dalam tugas-tugas domestik dan pengurusan rumah tangga.

Calon juga dikehendaki bekerja dalam tempoh masa yang lama dengan keluarga tersebut untuk menjaga sebuah rumah lain dan melancong bersama mereka.

Selain pulau peribadi di Kepulauan Bahamas, keluarga itu turut mempunyai ladang di Napples, Florida manakala pergerakan antara kedua-dua hartanah tersebut akan menggunakan pesawat peribadi.

Menurut iklan di agensi pekerjaan Polo & Tweed, pekerjaan tersebut turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan manfaat pergigian selain hari rehat untuk setiap hujung minggu. 

Menurut pengasas Polo & Tweed, Lucy Challenger, tawaran kerja itu hanya datang sekali seumur hidup.

“Tawaran itu amat hebat sehinggakan pelanggan tersebut bergurau bahawa dia sendiri teruja untuk memohon jawatan itu,” katanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN