fbpx

Doakan saya dapat pergi umrah – Khalis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zalina (kiri) menerangkan keadaan suaminya kepada Zulkifli (tengah) di kediaman mereka di Bandar Seremban Selatan di sini hari ini.

SEREMBAN – Penyanyi Khalis atau nama sebenarnya Muhammad Khalis Md. Shari, 33 kini terlantar sakit berpunca kencing manis dan kandungan garam dalam badan mendadak turun sejak sebulan lalu.

Khalis yang popular dengan lagu Semakin Rindu berkata, dia berharap dapat menunaikan umrah.

“Saya teringin nak pergi umrah,” katanya ketika ditemui di Bandar Seremban Selatan di sini hari ini.

Menurut isterinya, Zalina Azman, tahap kesihatan Khalis semakin merosot sejak sebulan lalu selepas dimasukkan ke hospital buat kali ke kedua.

Tambahnya yang sudah 13 tahun berumah tangga bersama Khalis, pertama kali suaminya dimasukkan ke hospital tahun ini adalah pada Februari lalu kerana kencing manis.

“Selepas lima hari mendapat rawatan, suami dibenarkan keluar dan keadaannya selepas itu nampak positif dan berat badan pun semakin naik.

“Sebulan kemudian dia (suami) sekali lagi dimasukkan hospital kerana kandungan garam dalam badan terlalu rendah,” tambahnya.

Keadaan adik kepada Allahyarham Achik Spin itu turut mendapat perhatian Persatuan Cakna Rasa Sayang (PCRS) yang hadir memberi sumbangan dan wang tunai. Turut hadir, Penaung PCRS, Zulkifli Muhamed.

Jelasnya, dua minggu selepas keluar Khalis sekali lagi dimasukkan ke hospital disebabkan masalah yang sama.

Khalis sebelum ini turut menyara tujuh orang anak berusia sembilan hingga 20 tahun yang terdiri daripada dua anak sendiri, tiga anak tiri dan dua lagi merupakan anak saudaranya.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI