fbpx

Bazar Ramadan di Selangor tutup mulai 8 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Semua bazar Ramadan enam buah daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor tidak dibenarkan beroperasi bermula Sabtu ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tempoh tersebut dianggap sesuai dalam memberikan peluang kepada pengurus bazar Ramadan dan pemilik gerai bazar menyelesaikan tugasan mereka terutama penyelenggaran stok-stok.

“Saya rasa kita tidak terlalu kejam untuk tutup operasi bazar ramadan itu memandangkan mereka telah beroperasi selama 25 hari sehingga Jumaat ini.

“Penutupan itu akan memberikan kesan kepada 11,000 peniaga dan penjaja yang akan dibantu menerusi pemberian RM500 selepas Aidilfitri melibatkan peruntukkan RM5juta,” katanya pada sidang akhbar khas pelaksanaan PKP di Selangor hari ini.

Beliau bagaimanapun memberitahu, bazar Aidilfitri dan pasar malam dibenarkan operasi sepanjang tempoh PKP sehingga pukul 10 malam dengan syarat-syarat ketat.

Amirudin menjelaskan ini termasuk pengunjung satu-satu masa mengikut saiz bangunan dan premis bagi mengawal selia hal ini.

“Kita telah berbincang dengan polis, sekiranya ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) maka operasi bazar atau pasar malam itu akan ditutup serta-merta.

“Di samping itu, wajibkan nombor giliran bagi mengetahui jumlah sebenar memasuki sebuah premis dengan larangan kepada kanak-kanak bawah 12 tahun. Selain itu, operator atau pengurus bazar wajib melantik pegawai pemantau yang akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan SOP dipatuhi dan dituruti,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan syarat itu berdasarkan maklumat semasa dan gambar diperoleh yang menunjukkan kepatuhan sangat rendah dan kadang kala membawa anak-anak bawah 12 tahun.

“Pegawai pemantau yang dilantik harus melapor dan memberikan maklumat pada waktu yang kita minta supaya SOP dapat diperketatkan di bazar Aidilfitri dan pasar raya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI