fbpx

Bapa paksa anak hisap vape ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang dipaksa menghisap vape sehingga menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang dipaksa menghisap rokok elektronik atau vape.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, laporan polis telah dibuat oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ke sebuah rumah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

“Kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan dua tahun tersebut bersama ibunya telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan sebelum ditahan wad,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Ahad lalu di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves dan telah dirakam oleh ibu mangsa.

“Suspek berusia 23 tahun yang juga bapa kepada kanak-kanak tersebut telah ditahan di sekitar Setapak dan direman selama tujuh hari sehingga Selasa depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang pemilik akaun Instagram kini diburu pihak polis selepas memuat naik satu video memaparkan tindakannya memberi seorang kanak-kanak menghisap rokok elektronik atau vape. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI