fbpx

Banduan sorok pistol dalam alat sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pistol revolver berukuran 10 sentimeter yang disembunyikan dalam alat sulit seorang banduan wanita di Missouri. - Brian Lee

JEFFERSON CITY, Missouri – Seorang banduan wanita dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah cuba menyeludup masuk sepucuk pistol ke dalam penjara dengan menyembuyikan senjata tersebut di dalam kemaluannya, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Amy Wilhite, 39, mengaku bersalah pistol jenis revolver berukuran 10 sentimeter (sm) ketika ditahan di lokap Daerah Boone pada 14 Februari lalu.

Senjata api itu dipercayai mempunyai lima butir peluru hidup ketika Wilhite menyeludupnya masuk ke lokap.

Polis dan penjaga penjara gagal mengesan pistol itu yang akhirnya dijumpai oleh pihak berkuasa selepas 17 hari Wilhite dihantar ke penjara negeri atas tuduhan pemilikan senjata secara haram dan narkotik dalam dua tuduhan berbeza.

Wilhite mengaku memiliki pistol ketika disoal siasat tetapi mendakwa dia menyimpannya untuk tahanan lain.

Namun, tahanan di unit penjaranya menyangkal tuduhan tersebut dan menegaskan Wilhite sudah memiliki pistol itu ketika tiba di penjara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI