fbpx

Tular, Lan Pet Pet pukul penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO tular menunjukkan salah faham berlaku antara Lan Pet Pet dan seorang penghantar makanan.

PETALING JAYA – Pelawak popular, Lan Pet Pet didakwa memukul seorang penghantar makanan selepas satu rakaman video menunjukkan perbuatannya tular dalam media sosial sejak malam tadi.

Video berdurasi 23 saat yang dipercayai rakaman seorang pemandu kereta, menunjukkan anggota Senario itu cuba mencengkam tengkuk mangsa namun dihalang tiga pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, mangsa tidak membalas pukulan dan makian daripada pemilik nama sebenar Mazlan Ahmad, 51, itu sebaliknya nampak terpinga-pinga.

Sehingga kini, lokasi dan punca sebenar kejadian sehingga membuatkan Lan bertindak belum dapat diperincikan.

Daripada jeritan perakam yang juga seorang wanita, kedengaran mereka hanya tertanya-tanya mengapa Lan memukul mangsa disebabkan hal kecil.

Menerusi paparan sama, Lan sempat didengar menghamburkan kata-kata berbaur amaran dalam loghat Utara yang pekat ketika sedang ditenangkan.

“Hang (kamu) duduk lane kanan jangan nak tunjuk samseng kat aku. Hang (kamu) tau dak aku sapa?”, katanya.

Terdahulu, pada 15 April 2019, Lan pernah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah memukul seorang pengawal keselamatan.

Lan menumbuk muka warga emas itu sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa dalam kejadian di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan, 6 April 2019.

Difahamkan dia berang apabila ditegur tidak membuat catatan dalam buku pelawat ketika memasuki taman perumahan terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI