fbpx

Peniaga naik angin dilarang berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video yang dimuatnaik di Twitter memaparkan orang ramai cuba menenangkan seorang peniaga lelaki yang berang, di ibu kota.

PETALING JAYA – Sebuah rakaman video yang memaparkan pertikaman lidah antara seorang peniaga dan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tular di media sosial Twitter sejak semalam.

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu menunjukkan anggota bertugas sedang berunding dengan peniaga berkenaan yang dikatakan berniaga tanpa lesen di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Kosmo! difahamkan peniaga terbabit telah diberi amaran awal oleh penguatkuasa DBKL sejak 25 April lalu.

Dalam hal ini anggota bertugas telah mendapat arahan daripada Pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan Penguatkuasaan DBKL untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang mengingkari teguran tersebut.

Berdasarkan maklumat di akaun Facebook Abam Penguatkuasa,  peniaga itu turut melakukan pelbagai kesalahan lain termasuk berniaga melebihi had masa yang ditetapkan, tiada rekod pemeriksaan suhu badan, tidak menyediakan kod QR MySejahtera dan tidak mematuhi penjarakan fizikal.

“Semalam, lima petugas penguatkuasa telah membuat rondaan dan mendapati masih terdapat peniaga yang berniaga tanpa kebenaran sekitar pukul 12.15 tengah malam sedangkan pihak DBKL membenarkan mereka berniaga setakat pukul 12 tengah malam sahaja,” jelasnya.

Bagaimanapun, peniaga terbabit yang dikenali sebagai Joe hilang sabar menyebabkan dia lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan penguatkuasa tersebut.

“Macam Yahudi lah korang! Orang nak cari duit sikit pun tidak boleh! Tahu-tahu dah datang (nak) angkat! (motosikal) Mana muka korang? Bagilah muka sikit dekat peniaga,” katanya.

Menurut pihak penguatkuasa, mereka telah menjalankan tugas mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh DBKL.

Pasukan petugas juga tidak mengambil tindakan menyita barang-barang perniagaan di kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Laporan polis telah dibuat oleh penguatkuasa berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI