fbpx

Pengerusi FINAS postif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKARIA ABDUL HAMID

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid positif Covid-19.

FINAS dalam kenyataan media menyatakan Zakaria dijangkiti Covid-19 selepas menerima keputusan ujian calitan saringan, semalam.

Buat masa ini Zakaria sedang menjalani tempoh kuarantin bawah pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menerusi kenyataan sama, segala urusan dan operasi perbadanan terbabit akan berjalan seperti biasa sepanjang tempoh terbabit.

Zakaria turut memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang timbul berikutan situasi berkenaan.

Dia juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI