fbpx

Kempunan jual mercun, rokok seludup bernilai RM135,998

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mercun dan rokok seludup yang dirampas Batalion 5 PGA Simpang Renggam dalam Ops Kontraban di sebuab premis di Pekan Parit Yaani, Batu Pahat, Johor semalam.

BATU PAHAT- Polis berjaya mematahkan aktiviti penjualan rokok tanpa cukai dan mercun sempena Aidilfitri hasil penahanan seorang lelaki tempatan di sebuah premis di Pekan Parit Yaani, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, seorang lelaki berusia 39 tahun telah berjaya diberkas hasil daripada Ops Kontraban Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA).

Pegawai Memerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, sebanyak 665 karton rokok seludup pelbagai jenama yang tidak mempunyai cukai kastam dan 1,157 kotak mercun pelbagai jenis telah dirampas.

“Anggaran nilai rokok seludup berkenaan adalah sebanyak RM29,261, manakala anggaran nilai cukai rokok seludup berkenaan sebanyak RM96,703.

“Manakala jumlah anggaran nilai mercun pula adalah sebanyak RM10,034 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan rampasan ini sebanyak RM135,998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Dimin, rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) serta Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

“Serbuan ini berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran mercun bagi musim perayaan Aidilfitri dan rokok tanpa cukai di sekitar Batu Pahat,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI