fbpx

Sentiasa jadi aksi penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED masih segar dengan kejayaan menundukkan Roma pada aksi Liga Europa dan kemenangan ke atas Liverpool mengukuhkan kedudukan mereka di kelompok keempat EPL. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa perlawanan menentang Liverpool di Old Trafford malam ini masih lagi penting biarpun peluang mereka memburu kejuaraan musim ini makin tertutup.

Kemenangan menentang musuh tradisi itu akan menyaksikan United pasti mengakhiri musim ini di kedudukan kelompok empat teratas selain menjamin tempat mereka di saingan Liga Juara-Juara musim depan.

“Apabila anda bersaing di Liga Perdana Inggeris, perlawanan sebegini adalah suatu yang anda perlu tempuhi.

“Semua pasukan mengimpikan untuk menjulang kejuaraan liga tetapi tempat kedua, ketiga dan keempat juga memberi makna kerana anda akan ke saingan Liga Juara-Juara yang merupakan saingan yang cukup berprestij.

“Kadangkala, kedudukan itu akan menjadi tidak selamat. Arsenal dan Chelsea masih berpe­luang. Jadi, kami perlu melakukan tugas kami untuk mengekalkan kedudukan itu,” katanya.

Kemenangan atau keputusan seri ke atas Liverpool akan menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp itu secara metematiknya tidak akan mampu menamatkan saingan musim ini lebih tinggi berbanding United yang mana ia tidak pernah berlaku sejak musim 2017/18.

“Kami akan keluar dan mahu mencari kemenangan. Apa yang akan Liverpool lakukan atau atau bagaimana nasib mereka, ia bukanlah perkara yang perlu kami fikirkan.

“Perlawanan menentang Li­verpool sentiasa menjadi sangat penting walaupun bukan untuk perebutan kejuaraan. Ia adalah satu perlawanan besar yang dinantikan oleh semua peminat,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI