fbpx

Tidak sempat seludup 3,932 vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peranti rokok elektronik atau vape yang dirampas di pangkalan haram Pak Su Rani, Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Sekumpulan lelaki tidak sempat menyeludup keluar 3,932 peranti rokok elektronik atau vape bernilai RM 117,960 ke negara jiran selepas kegiatan mereka dikesan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Pak Su Rani di sini malam tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya berjaya mengesan kegiatan tersebut ketika menjalankan rutin rondaan di kawasan itu pada pukul 12.30 malam.

Katanya, apabila menyedari kehadiran kehadiran pihak berkuasa, sekumpulan lelaki yang sedang membawa peralatan itu terus mengayuh perahu mereka menuju ke arah negara jiran.

“Pemeriksaan lanjut terhadap barangan itu mendapati ia mengandungi sebanyak 3,932 vape yang cuba diseludup ke negara jiran.

“Siasatan awal mendapati, barangan itu diseludup ke negara jiran untuk mengelakkan daripada bayaran cukai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azhari, kesemua barang kes dibawa ke Kompeni Taktikal Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI