fbpx

Dikecam gelap mata, Fauziah Nawi terkilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAUZIAH NAWI menyeru syarikat produksi dengan tujuan penerbitan sesebuah naskhah,

PETALING JAYA – Seniwati Fauziah Nawi menyifatkan kekecohan berhubung isu bayaran drama pendek terbitan pelakon Tya Ariffin seumpama ‘wake up call’ atau titik kesedaran untuk lebih berhati-hati sebelum bersetuju menerima sebarang tawaran pada masa akan datang.

Bintang senior yang juga aktivis teater berkata itu, langkah sebegitu harus diambil agar mana-mana syarikat penerbitan lebih telus memperincikan hitam putih sesebuah projek bagi mengelakkan timbulnya salah faham.

“Sejak dahulu saya tidak berkira dengan orang muda yang baru belajar buat produksi, terutama membabitkan projek universiti. Wakil produksi teater, drama mahu pun filem yang pernah saya kerja pun tahu saya bukan jenis yang berkira.

“Cuma kemunculan dalam projek pelajar dengan drama apatah lagi pembabitan untuk produk komersial tentulah ada kadar bayaran berbeza. Takkan untuk iklan harganya sama.

“Kalau tanya pelakon lain pun mereka akan beri kadar berbeza. Pihak yang mengajukan tawaran kena maklumkan perkara sebenar, bukan berkias-kias menerusi telefon selain cakap kepada pengurus saya mereka orang baharu.

“Jadi selepas ini, mungkin saya perlu minta kontrak sebab apabila saya mempersoalkan kadar bayaran, orang luar nampak saya gelap mata sedangkan hakikatnya pihak berkenaan sedari awal tak maklumkan projek berkenaan untuk komersial,” kata pelakon berusia 67 itu kepada K! Online.

Bukan mahu memanjangkan isu, anak seni serba boleh itu sekadar terkilan apabila masih ada individu mengecamnya tanpa memahami keadaan sebenar.

Tegas pelakon yang selesa disapa ibu itu, insiden berkenaan juga diharap menjadi ikhtibar kepada semua pihak supaya lebih jujur dalam berurusan tambahan pula dunia seni tempatan tidak sebesar mana.

“Sebenarnya saya sedih apabila dimaki macam-macam semata-mata saya cakap tak kenal Tya menerusi salah satu paparan dalam video yang ditularkan kelmarin.

“Memang saya tak tahu Tya siapa. Bukan saya nak tarik diri kerana tak kenal dia pun, saya ada alasan lain. Tetapi bahagian itu ditunjuk dalam video terawal yang ditularkan hingga timbul fitnah.

“Saya kena reda saya. Saya tak berdendam namun akan sentiasa beringat. Saya dan Tya pun sudah bermaafan di lokasi penggambaran tempoh hari. Dia budak baik.

“Saya berlakon ikhlas nak sara cucu yang kehilangan bapa. Biarlah orang kata macam-macam. Dalam situasi begini saya ingat pesan arwah ayah supaya bersabar,” katanya yang sudah lima dekad bergelar anak seni.

Drama pendek berdurasi lima minit itu adalah terbitan syarikat Mutyarabeauty yang juga milik pelakon asal Indonesia, Tya Ariffin mengisahkan keakraban hubunhgan antara seorang ibu, lakonan Fauziah dan anaknya (Tya).

Terdahulu, sebuaj video belakang tabir sebelum penggambaran drama pendek berkenaan memaparkan perbincangan hangat Fauziah dan Tya tular dalam media sosial.

Tya yang juga menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza  sudah pun meminta maaf menerusi Instagram selain memaklumkan salah faham berpunca daripada bayaran yang sudah dipersetujui sejak awal, namun tiba-tiba dipersoalkan pelakon senior terbabit.

ends

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI