fbpx

14 lagi sekolah tutup di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Sebanyak 14 sekolah lagi di Negeri Sembilan diarah tutup selama dua hari bermula Isnin ini selepas terdapat pengesanan kes positif Covid-19 dalam kalangan warga sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, sekolah tersebut melibatkan sekolah rendah serta menengah di daerah Seremban dan Rembau.

Menurutnya, sekolah rendah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) King George V, SK Labu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Forest Heights, SJKC Chung Hua (Seremban), SJKC Bandar Springhill, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lorong Java, SJKT Nilai dan SK Kampung Batu.

“Manakala, sekolah menengah pula ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chan Wa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kepayang, SMK King George V, SMK Kompleks KLIA dan SMK Bukit Mewah.

“Sekolah berkenaan ditutup bagi membolehkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan proses disinfeksi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rafie berkata, penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD.

Penambahan 14 buah sekolah tersebut menjadikan sebanyak 49 buah sekolah telah diarahkan tutup di seluruh negeri ini sejak 22 April lalu.

Semalam, empat buah sekolah diarahkan tutup iaitu sekolah berasrama penuh, Kolej Tunku Kurshiah SK Sirusa, Port Dickson, Sekolah Menengah Agama (SMA) Rembau dan SK Sega, Rantau. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI