fbpx

Pengasuh ditahan susulan kematian bayi sembilan bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di Kelana Jaya sini 27 April lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian daripada seorang lelaki berusia 34 tahun yang bertugas sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan di Selangor.

“Pada Selasa lalu, doktor berkenaan telah menerima seorang pesakit bayi lelaki berusia sembilan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa oleh seorang lelaki tempatan dipercayai sebagai pengasuh bayi itu.

“Hasil bedah siasat pula mendapati terdapat kesan lebam pada mulut dan kesan kecederaan pada bahagian dubur mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Fakhrudin, susulan maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Kelana Jaya telah menyerbu sebuah rumah di Pangsapuri Jalan PJU 1A/42 Kelana Jaya dan menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 35 tahun.

“Semakan yang dilakukan mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod lampau kes dadah dan kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI