fbpx

Daerah Raub dikenakan PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seluruh daerah Raub dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 30 April sehingga 13 Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mukim Gali dan Tras dalam daerah itu pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di beberapa kawasan di daerah itu.

“KKM turut mengesahkan Kluster Raub Jaya ini merebak disebabkan aktiviti sosial dan turut dikesan di sekolah serta dalam kalangan pelajar.

“Pelaksanaan PKPB dan PKP di daerah dan mukim-mukim ini untuk memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI