fbpx

120 individu berjaya khatam al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Daud (dua dari kiri) menyerahkan cenderamata kepada Ikon, Adam Corrie (dua dari kanan) pada majlis Khatam Al Quran 'Jom Celik Al Quran' di Dewan Utama Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini. /FOTO FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Seramai 120 orang peserta program Jom Celik al-Quran anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Institut Pengajian al-Quran berjaya khatam kitab suci umat Islam, hari ini.

Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, program itu dibahagikan kepada tiga kategori, dengan yang pertama adalah kelas ibtida’i atau kelas asas bagi golongan tidak pandai membaca al-Quran.

Kategori kedua, katanya, adalah Kelas Tahsin al-Quran bagi mereka yang boleh membaca tetapi tidak pernah khatam manakala kategori terakhir pula Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT) bagi membimbing guru-guru di Tadika Islam MAIWP.

“Kursus itu mendidik mereka dengan kemahiran pengajaran lebih berkesan iaitu kaedah pengajian ABAHATA dalam mengajar para pelajar membaca al-Quran.

“Pada hari ini, peserta yang menyertai kategori kedua telah berjaya menamatkan pengajian selama 90 jam yang diadakan bermula 18 Julai hingga 26 September 2020,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI