fbpx

Kes kemalangan meningkat selepas BDR dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkefly (tiga kanan) ketika mengiringi Lian Ker (dua kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna laluan di Plaza Tol Jalan Duta, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 180 kes kemalangan direkodkan secara harian di ibu kota sejak 1 April lalu selepas kerajaan membatalkan bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor awam dan swasta.

Bagi hujung minggu pula, antara 70 hingga 80 kes kemalangan direkodkan setiap hari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, sebanyak 60 ke 70 peratus daripada jumlah kemalangan itu membabitkan pemandu kenderaan empat roda manakala selebihnya adalah penunggang motosikal.

“Jumlah kemalangan itu kembali bertambah selepas kerajaan membatalkan BDR bagi sektor awam dan swasta.

“Ia juga didorong oleh pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya yang sudah mencapai 90 peratus termasuk aktiviti ekonomi yang sudah mula rancak,” ujarnya kepada pemberita.

Terdahulu beliau hadir pada program Penyerahan Bubur Lambuk JSPT Kuala Lumpur bersama Pakatan Pemandu di Plaza Tol Jalan Duta di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Presiden Pakatan Pemandu, Nor Aizam Abdul Kadir.

Jelasnya, kes kemalangan yang sering dilaporkan kerap berlaku di jalan di pusat dan pinggir bandar ketika orang ramai datang serta pulang bekerja.

“Berbeza dengan kemalangan maut, ia banyak dilaporkan berlaku selepas pukul 10 malam yang kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal.

“Bilangan kenderaan kini sudah mencecah 90 peratus dan walaupun tiada rentas negeri, namun kes kemalangan semakin bertambah,” ujarnya.

Terdahulu, pada 30 Mac lepas, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan arahan bekerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam dan swasta terbatal bermula 1 April dan kadar kehadiran pekerja bagi sektor swasta termasuk industri perkilangan yang dibenarkan adalah 100 peratus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI