fbpx

Hamil empat bulan, Ayda Jebat bakal bergelar ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayda Jebat mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

PETALING JAYA – Selepas hampir empat bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Berita gembira tersebut diumumkan Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat, 29, ketika ditemui pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat & Nabil Mahir di Hotel The Majestic, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Jelas Ayda, dia mengambil sedikit masa untuk mengesahkan kehamilannya biarpun sebelum ini berita tersebut didedahkan oleh pihak lain terlebih dahulu.

“Ramai yang tahu saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memang memerlukan sedikit masa untuk umumkan kepada mereka supaya urusan kerja seperti penggambaran iklan dapat disusun semula.

“Tapi tidak sangka, berita yang keluar tiba-tiba tempoh hari dibuat tanpa meminta izin daripada kami. Jadi apa yang berlaku sebelum ini, jadikan iktibar kalau tuan punya badan tidak izinkan, kena tahu apa kesan yang boleh berlaku,” katanya.

Tambah pelantun lagu Parah Parah itu, akibat berita tersebut, dia hampir keguguran kerana terlalu sibuk bekerja demi mengejar jadual padat dengan jenama yang menggunakannya sebagai duta.

“Saya bekerja lebih masa selepas berita tersebut keluar sehingga hampir keguguran. Saya dimasukkan ke wad kecemasan kerana terlalu tertekan.

“Malah usia kandungan saya juga masih belum cukup kuat ketika itu,” katanya lagi.

Ayda dijangka melahirkan anak sulungnya pada Oktober depan.

“Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan. Mohon semua mendoakan yang baik-baik,” katanya.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI