fbpx

Syarikat kena RM25,000 sebabkan kematian pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat Fung Seng Machinery didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian pekerjanya dalam kerja membaiki bumbung kilang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Oleh NUR NABILAH RAHMAT

BATU PAHAT – Sebuah syarikat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Batu Pahat hari ini atas pertuduhan gagal memastikan keselamatan semasa bekerja sehingga pekerja maut, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Syarikat Fung Seng Machinery sebagai majikan mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Hakim Mazelan Jamaludin menjatuhkan hukuman denda RM25,OOO.

Menurut kertas pertuduhan, syarikat itu sebagai majikan didapati telah gagal memastikan kerja-kerja pemasangan bumbung dalam keadaan selamat sehingga mengakibatkan kemalangan maut seorang pekerjanya.

Pekerjanya warganegara tempatan yang berumur 28 tahun meninggal dunia pada masa kejadian kerana jatuh dari tempat tinggi semasa melakukan kerja pemasangan bumbung di sebuah kilang yang terletak di Parit Raja, di sini, 27 Julai 2019.

Pendakwaan dikendalikan Mohd. Zakuan Fauzi daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor.

Manakala siasatan terhadap kes tersebut dijalankan oleh pegawai siasatan JKKP Johor, Mohd. Faizal Zolkiply. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI