fbpx

Kebenaran pulang beraya pelajar IPT diputuskan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan kebenaran dan prosedur operasi standard (SOP) bagi pergerakan pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sempena Aidilfitri akan diputuskan esok.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, cadangan kebenaran dan SOP pergerakan itu akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum diputuskan.

Beliau berkata, apa jua keputusan yang dibuat, keselamatan dan kesihatan pelajar kekal menjadi keutamaan bagi KPT.

“Petang tadi saya telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bagi mendapat maklum balas mengenai cadangan kebenaran dan SOP itu.

“Sesi yang sama juga telah dibuat sebelum ini bersama timbalan-timbalan naib canselor (TNC)
Hal Ehwal Pelajar, Universiti Awam (UA), Persatuan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan MPPK pada 20 April lalu.

“Libat urus itu bertujuan mendapatkan input dan dapatan awal serta persediaan IPT masing-masing mengenai SOP pergerakan pulang pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, semua maklum balas dan pandangan daripada IPT dan pelajar ini akan diteliti dan diambil perhatian terutama berkenaan dengan SOP sebelum dibentang ke MKN untuk diputuskan pada hari esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI