fbpx

Geng Nicky: Polis jejak individu sebar nama penguatkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan mengesan individu yang terlibat dalam menyebarluaskan senarai nama 12 pegawai penguatkuasa yang ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan jenayah ‘Geng Nicky’.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan menyebarkan maklumat sulit berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Polis Johor telah mengesan satu maklumat sulit mengenai senarai nama 12 orang agensi penguatkuasa yang ditangkap bersabit ‘Geng Nicky’.

“Senarai nama itu telah dikongsi dan disebar melalui aplikasi WhatsApp oleh pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 203A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

“Justeru itu, semua pihak diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat tersebut dan mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat itu akan diambil tindakan mengikut seksyen berkenaan,” ujarnya.

Sementara itu, dalam sidang akhbar yang diadakan terdahulu, beliau memberitahu seramai 12 pegawai penguatkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan dalam Ops Pelican 3.0 Fasa 2 yang dijalankan polis Johor antara 21 April hingga hari ini.

Menurut beliau, operasi itu dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Penahanan 12 anggota itu merupakan tangkapan pertama melibatkan pegawai penguatkuasa yang disyaki terlibat dengan kegiatan ‘Geng Nicky’.

“Susulan sidang akhbar oleh Ketua Polis, Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini yang mendedahkan seramai 34 pegawai dan anggota penguatkuasa dipercayai terlibat dengan geng berkenaan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI