fbpx

Belakang kedai ‘port’ pelanggan lepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan sedang makan di sebuah kedai di Pasir Mas didapati menjalankan perniagaan melebihi had masa malam tadi. -Foto: Ihsan IPD Pasir Mas

PASIR MAS – Seorang peniaga kedai makan dikompaun sebanyak RM10,000 selepas didapati menjadikan kawasan belakang premisnya yang tersorok sebagai lokasi untuk menjalankan perniagaan melebihi had masa di sini malam tadi.

Dalam serbuan pada pukul 12.10 tengah malam itu, pemilik premis berkenaan didapati melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana beroperasi melebihi had masa iaitu pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M.Nasir berkata, selain pemilik premis itu, tujuh pelanggan yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita masing-masing turut dikompaun sebanyak RM1,500.

“Tujuh orang pelanggan yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 34 tahun itu dikompaun selepas mereka didapati tidak memakai pelitup muka.

“Tindakan kompaun itu dikeluarkan bukan untuk membebankan mereka tetapi bagi mengingatkan terhadap kesedaran dalam aspek pematuhan SOP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI