fbpx

Pengarah Cina menang besar di Oscars

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chloe Zhao diangkat sebagai Pengarah Terbaik pada acara berprestij, Academy Awards 2021.

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya sepanjaang penganjuran, wanita berketurunan Cina yang juga pengarah filem Nomadland, Chloe Zhao diangkat sebagai Pengarah Terbaik pada acara berprestij, Academy Awards 2021.

Berlangsung dengan norma baharu disebabkan pandemik Covid-19 di Los Angeles Union Station dan Dolby Theatre, filem arahan Chloe, Nomadland turut dianugerahkan sebagai Filem Terbaik.

“(Trofi) ini adalah untuk sesiapa yang mempunyai kepercayaan dan semangat untuk berpegang kepada kebaikan dalam diri mereka dan orang lain tidak kira berapa susah untuk melakukannya,” kata Chloe saat menerima trofi Pengarah Terbaik.

Nomadland yang turut dibintangi pelakon handalan, Frances McDormand menang besar apabila pulang dengan enam trofi utama temasuk filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik (Frances).

Dalam pada itu, aktres hebat, Frances McDormand sekali lagi diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan hebat dalam filem arahan Chloe itu. Kemenangan tersebut merupakan kali ketika Frances diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik sepanjang penganjuran Academy Awards.

Sebelum ini, Frances menang kategori sama menerusi dua filem lakonan iaitu Fargo (1997) dan Three Billboards Outside Ebbing, Missouri (2018).

Selain tiga trofi utama itu, Nomadland turut membawa pulang tiga trofi lain iaitu Sinematografi Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik sekali gus merupakan pemenang terbesar acara yang memasuki edisi ke-93 itu.

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pula, hasrat orang ramai untuk melihat mendiang Chadwick Boseman dianugerahkan trofi berkenaan tidak kesampaian apabila tewas kepada Anthony Hopkins menerusi filem lakonannya, The Father.

Bagi kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, masing-masing dimenangi Daniel Kaluuya (Judas and the Black Messiah) dan Yuh-jung Youn (Minari).

Lagu Original Terbaik dimenangi H.E.R menerusi lagu Fight For You yang merupakan runut bunyi filem Judas and the Black Messiah.

“Ilmu adalah kuasa, muzik adalah kuasa dan selagi saya masih berdiri, saya akan berjuang untuk kita,” kata penyanyi tersebut ketika menerima trofi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI