fbpx

Tiga maut kemalangan kereta, motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kuala Nerang hari nii.

KUALA NERANG – Tiga lelaki dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Kampung Padang Lanjut di sini pada petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 4.45 petang tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kemalangan didapati melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa ditutup dengan kain putih selepas terlibat dalam kemalangan di Kuala Nerang hari ini.

Kata beliau, terdapat empat mangsa termasuk seorang kanak-kanak yang mana dua daripada mangsa yang tersepit di dalam kereta dikeluarkan anggota bomba.

“Kedua-dua mangsa disahkan telah meninggal dunia.

“Dua lagi mangsa merupakan penunggang dan pembonceng motosikal dengan salah seorang mangsa telah meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI