fbpx

Lagi pemain BAM positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENNY menegaskan pihaknya mengambil tindakan pantas menghantar pemain-pemain BAM yang positif Covid-19 ke PKRC di MAEPS, Serdang semalam.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) memberi jaminan keadaan masih terkawal di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara selepas virus Covid-19 ‘menyerang’ akademi tersebut.

Semalam, lapan lagi pemain negara dilaporkan positif virus berkenaan sekali gus menjadikan kes keseluruhan di ABM meningkat kepada 14 orang.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh bagaimanapun meminta peminat sukan tanah air tidak panik selain menjelaskan, keadaan di ABM terkawal dengan mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Kata beliau, pihaknya sudah mengambil tindakan segera menghantar pemain-pemain yang positif ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

“Berhubung lapan kes baharu di ABM, memang kami sudah ambil tindakan pantas dengan mengasingkan pemain-pemain yang positif ini. KKM (Kementerian Kesihatan) sudah menghantar mereka ke MAEPS.

“Apa yang boleh saya katakan, keadaan sekarang terkawal dan esok (hari ini) semua pemain akan menjalani ujian calitan sekali lagi. Saya harap tidak akan ada pertambahan kes,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya sama ada ABM ditutup akibat peningkatan kes itu, Kenny menegaskan, pihak pe­ngurusan sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan ia beroperasi seperti biasa.

Beliau turut mengakui latihan pemain-pemain senior yang dalam persiapan ke Sukan ­Olimpik Tokyo sedikit terganggu memandangkan BAM menghentikan latihan buat seketika.

“Kita sudah lakukan banyak usaha bagi membendung ­Covid-19 ini. Sejak kes pertama lagi kita sudah bertindak dengan melakukan sanitasi, menghentikan latihan serta mengarahkan semua pemain berada di dalam bilik,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menjangkakan latihan kembali dijalankan seperti biasa Selasa ini sekiranya tiada pertambahan kes dilaporkan, namun perlu berbincang dengan Institut Sukan Negara (ISN) terlebih dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI