fbpx

Penjawat awam Selangor terima bantuan Khas RM1,000, setengah bulan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar siaran langsung Amirudin ketika berucap pada majlis Mahabbah Ramadan antara Menteri Besar Selangor bersama penjawat awam negeri, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bayaran itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM22.67 juta dan akan dibayar pada 19 Mei depan.

Katanya, penjawat awam akan menerima gaji lebih awal pada 5 atau 6 Mei nanti.

“Kerajaan turut bersetuju pemberian BBK kepada semua anggota perkhidmatan kerajaan negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Dewan Undangan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

“Pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan/Tersusun, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya turut menerimanya,” katanya ketika berucap pada majlis Mahabbah Ramadan antara Menteri Besar Selangor bersama penjawat awam negeri di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Kata beliau, pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan/Tersusun, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya juga memperoleh bantuan BKK RM1,000 ini.

Tambah Amirudin, RM500 pula diberikan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBS).

“Manakala bagi Setiausaha MPKK dan petugas masjid iaitu Nazir, Imam, Siak dan Bilal pula akan menerima sebanyak RM500 yang akan disumbangkan melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anak syarikat kerajaan negeri.

“Semua penjawat awam dinasihatkan menggunakan bantuan khas itu secara berhemah dan berhati-hati selain meraikan Aidilfitri secara sederhana tetapi penuh bermakna,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI