fbpx

Gandingan Jin BTS, Taylor Swift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAYLOR SWIFT dan Jin BTS.

DALAM satu undian yang dilakukan portal hiburan Billboard, rata-rata peminat muzik mahu ahli kumpulan BTS iaitu Jin berduet dengan penyanyi terkenal antarabangsa, Taylor Swift.

Menguatkan lagi harapan peminat tentang gandingan kedua-dua penyanyi itu pada masa akan datang apabila Jin pernah mengakui dia merupakan peminat tegar Swift.

Difahamkan, selain Jin, peminat turut mengundi dan mahu Swift berkolaborasi dengan rakan baiknya sendiri iaitu Selena Gomez selain beberapa nama lain seperti Katy Perry dan kumpulan Blackpink.

Sebelum ini, Swift pernah berkolaborasi bersama beberapa penyanyi terkenal seperti Ed Sheeran, Zayn Malik dan Jonas Brothers.

Selain Jin, seorang lagi anggota BTS iaitu Jung-kook juga pernah diharapkan peminat agar menjalin kerjasama dengan penyanyi terkenal Ariana Grande.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI