fbpx

Lelaki ditemui lemah di kawasan berlumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki yang ditemui dalam lemah dan tubuhnya dipenuhi lumpur di kawasan paya bakau berhampiran Kampung Injin Gergaji, Chukai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang pemancing terkejut selepas terserempak dengan seorang lelaki yang terperangkap di dalam lumpur tebal di kawasan paya bakau berhampiran Kampung Injin Gergaji, Chukai di sini semalam.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti itu ditemui kira-kira pukul 9.46 pagi dalam keadaan kelaparan, tidak bermaya dan hanya berseluar dalam.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada pemancing berkenaan.

“Sewaktu ditemui, mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an berada dalam keadaan lemah dengan seluruh badannya dipenuhi lumpur.

“Dia ditemui di kawasan paya bakau yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan besar. Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan mangsa dengan menggunakan peralatan tali dan pengusung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azman berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI