fbpx

Lagi pusat hiburan degil diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pelayan warga asing yang ditahan menerusi satu serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara awal pagi tadi. - Foto IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Seramai 14 individu termasuk 11 wanita warga asing ditahan pihak polis menerusi satu serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, serbuan pukul 2 pagi itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields susulan maklumat dan risikan yang dilakukan.

“Dalam serbuan berkenaan, seramai 14 individu iaitu 11 wanita Vietnam yang memiliki pas lawatan tamat tempoh telah ditahan dan tiga daripada mereka positif dadah jenis amphetamin juga ketamin.

“Turut ditahan adalah dua lelaki tempatan yang merupakan pelanggan kerana positif dadah jenis methamphetamine juga ketamin dan seorang lelaki Myanmar berperanan sebagai penjaga premis kerana positif dadah jenis amphetamine serta methamphetamine,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Anuar Omar, seramai 10 individu turut dikompaun kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan pasukan serbuan turut merampas beberapa barangan di premis berkenaan bagi membantu siasatan.

“Antara barangan yang dirampas adalah set audio, sekeping bil elektrik, dadah MDMA sebanyak 1,590 mililiter dan dadah jenis ketamin seberat 1.5 gram.

“Kesemua tangkapan berusia 17 hingga 39 tahun kini direman sehingga 5 Mei dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Peraturan Imigresen 1963, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI