fbpx

Geng Nicky: Polis dapat Notis Merah Interpol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Johor mendapat kelulusan permohonan Notis Merah bagi meminta bantuan Interpol untuk mengesan kedudukan Nicky dan Niu Zhe.

JOHOR BAHRU – Polis Johor sudah mendapat kelulusan permohonan Notis Merah bagi meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan kedudukan Nicky Liow dan pembantunya, Niu Zhi seorang warganegara China.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin berkata, permohonan bagi menjejaki Nicky diterima pada Selasa lalu manakala Niu Zhi semalam.

“Untuk makluman kita sudah mendapat kelulusan Notis Merah untuk mengesan Datuk Seri Nicky pada 20 April.

“Seorang lagi ke atas pembantunya yang merupakan warganegara China, Niu Zhi, kita dapat semalam 21 April,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Pada 15 April lalu, Kosmo! melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses untuk mendapatkan notis merah bagi memohon bantuan Interpol dalam usaha menjejaki ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan PDRM sudah memohon dua notis, iaitu biru dan merah.

Dalam perkembangan sama, Ayob Khan mengesahkan tangkapan ke atas seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) bagi membantu siasatan.

Pegawai polis itu ditahan untuk siasatan berhubung kegiatan jenayah terancang yang didalangi ahli perniagaan buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee diberkas pagi semalam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI