fbpx

Tukang masak Singapura dikecam gelar KhairulAming ‘Mr. What’s-Up-Guys’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan Ghazalee mengenai satu video masakan yang dimuat naik KhairulAming.

PETALING JAYA – Selebriti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman, 29, atau lebih dikenali sebagai KhairulAming mendapat perhatian netizen selepas seorang tukang masak terkenal dari Singapura memuji masakan beliau baru-baru ini.

Melalui satu video masakan spaghetti carbonara yang dimuatnaik oleh KhairulAming di laman sosial itu, rata-rata netizen turut menumpang gembira atas pujian itu namun lain pula jadinya apabila tukang masak dikenali sebagai Ghazalee Ibrahim itu menggelar KhairulAming dengan panggilan ‘Mr. What’s-Up-Guys’.

“Saya nampak muatnaik ini di Facebook, saya amat kagum dengan masakannya. Kamu peroleh hormat dari saya, ‘Mr. What’s-Up-Guys,” komennya di Twitter.

Rata-rata pengguna Twitter tidak berpuas hati kerana berpendapat bahawa Ghazalee sepatutnya memanggil nama KhairulAming daripada menggunakan slogan itu.

Menurut seorang netizen @Sultan_Sulai80 berkata, ia jadi lebih mudah sekiranya Ghazalee memanggil KhairulAming dengan nama sebenar.

Lantaran dari ciapan itu, seorang netizen @relatedelegance berkata, KhairulAming tidak membuka restoran kelas pertama, dan rata-rata yang menonton resipinya adalah netizen.

“Walaupun dia masak dengan cara dia, kami (netizen) tidak kisah asalkan ia sedap untuk dimakan.

“Kami tidak kisah tentang alfredo ataupun carbonara, asalkan sedap, kami akan makan. Jika KhairulAming masak dengan cara yang salah, kami tidak hairan,” ciapnya di ruangan komen.

Namun, ada juga netizen menganggap tindakan Ghazalee hanya menggelar KhairulAming dengan slogannya sahaja bukanlah sesuatu yang biadab.

KhairulAming terkenal di media sosial dengan video masakannya yang berjudul 30 Hari 30 Resipi bersempena kedatangan bulan Ramadan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI