fbpx

Nagelsmann calon utama kendali Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGELSMANN dikatakan menarik minit Spurs, namun klausa pelepasan kontrak dimilikinya mungkin menjadi penghalang. – AFP

LONDON – Jurulatih RB Leipzig, Julian Nagelsmann disebut-sebut bakal mengambil alih kemudi membimbing Tottenham Hotspur selepas kelab itu memecat Jose Mourinho kelmarin.

Menurut laporan, Nagelsmann kini mendahului beberapa calon lain yang dianggap pilihan untuk mengisi kekoso­ngan tersebut selain pengurus Leicester City, Brendan Rod­gers di tempat kedua manakala legenda Spurs, Ledley King di belakangnya.

Selain itu, bekas jurulatih Juventus, Maximilliano Allegri dan pengurus Rangers ketika ini, Steven Gerrard juga dilaporkan turut berada dalam senarai berkenaan.

Bagaimanapun, Nagelsmann dikatakan calon pilihan apabila beliau turut dikaitkan dengan kelab yang berpangkalan di London itu sejak musim lalu lalu sebelum Spurs memi­lih untuk melantik Jose Mou­rinho.

Media Jerman melaporkan, Nagelsmann, 33, memiliki klausa pelepasan kontrak bernilai £17 juta (RM97.96 juta) yang mungkin menyebabkan Pengerusi Spurs, Daniel Levy terpaksa berfikir panjang.

Sementara itu, Leicester juga dilaporkan enggan kehilangan khidmat Rodgers ketika mereka kini semakin hampir untuk mengisi slot ke saingan Eropah musim depan selain masih memiliki kontrak sehingga 2025 di mana Spurs perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk menebusnya.

King menjadi antara nama yang mengejutkan berada dalam senarai berkenaan kerana beliau berkhidmat bersama Mourinho sebagai pembantu jurulatih dalam pasukan utama kelab itu.

Dalam pada itu, Allegri mungkin menjadi pilihan paling murah dalam kalangan pengurus yang berada di kelompok elit dengan reputasi enam kejuaraan Serie A apabila masih belum membimbing mana-mana kelab setakat ini.

Selain itu, kejayaan Gerrard mengemudi Rangers menjuarai Liga Scotland turut membuatkan Levy melihat potensi bekas legenda Liverpool itu untuk mengemudi Spurs.

Bagaimanapun, masalah paling utama adalah sentimen ‘Liverpool’ yang mungkin menjadi penghalangan Levy kerana Gerrard dianggap sebagai jurulatih masa depan buat kelab dari Merseyside itu dan dikatakan bakal pengganti kepada Jurgen Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI