fbpx

Mahkamah batal saman ibu model Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman ibu model Belanda, Ivana Esther Robert Smit terhadap Ketua Polis Negara dan tiga yang lain kerana didakwa gagal menjalankan siasatan kes kematian anaknya.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk S.N.  Nair, yang mewakili ibu Ivana, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang diadakan melalui talian.

“Kami akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu hari ini, ” kata peguam itu.

Christina Carolina ,56, selaku plaintif memfailkan saman itu pada tahun lalu dengan menamakan Ketua Polis Negara sebagai defendan pertama dan Pegawai Penyiasat Asisten Superitendan Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri, serta Kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan kedua hingga keempat.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif berkata Ivana ditemui mati pada 7 Disember 2017 ketika berusia 18 tahun di balkoni salah satu unit yang Kondominium Cap Square Residensi Kuala Lumpur.

Setibanya di negara ini, pada 9 Disember 2017 plaintif telah diberitahu bahawa anaknya mati kerana bunuh diri yang kemudian satu kertas siasatan dibuka melalui kematian mengejut (SDR).

Kata plaintif ketika itu, dia tidak dapat menerima keputusan tersebut yang secara asasnya amat sukar dipercayai selain terkejut pihak polis kertas siasatan dibuka di bawah SDR dan menganggap keputusan terhadap kematian anaknya itu dalam keadaan tergesa-gesa.

Plaintif berkata, ekoran kematian anaknya itu, pada 8 Ogos 2018 satu inkues telah dimulakan di hadapan Hakim Koroner di Mahkamah Kuala Lumpur dan seramai 22 orang saksi telah dipanggil memberi keterangan.

Bagaimanapun pada 8 Mac 2019 Hakim Mahkamah Koroner telah membuat keputusan bahawa kematian anaknya itu adalah satu nahas (misadventure).

Tidak puas hati dengan keputusan itu plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi namun Hakim Collin Lawrence Sequerah pada 22 November 2019 telah mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner dan telah mengarahkan Pejabat Peguam Negara memerintahkan polis melakukan siasatan semula terhadap kes itu.

Selepas arahan tersebut dikeluarkan, plaintif mendapati, defendan kedua (ASP Faizal Abdullah) masih menjadi sebahagian daripada pasukan penyiasatan walaupun terdapat banyak isu ditimbulkan berhubung pegawai polis itu sewaktu inkues.

Pasukan penyiasat yang ditubuhkan pada 27 November 2019 itu didakwa bersifat malas dan berhibernasi walaupun pihak berkuasa Belanda telah memberi peringatan mengenai siasatan itu.

Justeru plaintif, menuntut defendan-defendan membayar ganti rugi Am, teruk serta deklarasi bahawa defendan telah gagal menjalankan tugas selain perintah mandamus (memaksa) defendan kedua dikeluarkan daripada pasukan penyiasat termasuk mengisukan waran tangkap dan mengektradasi dua individu yang berkaitan dengan tragedi itu ke negara ini sehingga kes selesai. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI