fbpx

‘Jaafar Onn’ trending, 18 Puasa Di Kampong Pisang kutip RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Telefilem 18 Puasa berjaya mengutip RM2 juta selepas enam hari tayangan,

PETALING JAYA – Filem arahan Mamat Khalid, 18 Puasa di Kampung Pisang kini sudah meraih kutipan RM2 juta selepas enam hari tayangan di Astro First.

Jika sebelum ini watak Barboka menjadi bualan penonton, memasuki minggu kedua tayangan, watak baharu yang diperkenalkan dalam francais tersebut, iaitu Tyson 2 lakonan Jaafar Onn turut menambat hati penonton menerusi dialognya “Mim Alif Kap Nun – Mati” dalam salah satu babak di dalam filem.

Lakonan karakter tersebut juga merupakan kemunculan semula pelakon senior tersebut yang telah lama tidak muncul di dalam filem mahu pun drama. Dalam laman media sosial, ramai yang berkongsi rasa terkesan dengan mesej yang disampaikan selepas menonton filem komedi penuh mesej tersirat itu.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya dan pengarah, Mamat Khalid bersyukur filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mendapat sambutan luar biasa.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang telah menonton di Astro First. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan pelakon dan kru yang telah menjayakan 18 Puasa Di Kampong Pisang sehingga menjadi satu fenomena dan mempunyai simbolik tersendiri yang sinonim dengan bulan puasa.

“Selepas ini jika kita sebut nama Barkoba, saya yakin pasti ramai yang terus mengaitkan dengan orang tidak berpuasa dan bulan Ramadan, manakala ‘plastik hitam’ simbolik francais 18 Puasa Di Kampong Pisang. Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin dalam industri filem tempatan untuk terus bergerak ke depan meskipun dalam era normal baharu bagi tayangan filem,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! Online.

18 Puasa Di Kampung Pisang adalah gabungan daripada dua karya sutradara, Mamat Khalid iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa.

Filem berkenaan mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang
hidupnya.

Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.

Terdahulu, filem tersebut berjaya mengutip RM1 juta selepas tiga hari ditayangkan di Astro First. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI