fbpx

Jaafar Onn meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selebriti serba boleh Jaafar Onn meninggal dunia pagi tadi.

PETALING JAYA – Dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian artis versatil, Jaafar Onn yang dilaporkan telah meninggal dunia, sekitar pukul 11 pagi, hari ini.

Allahyarham, menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun di Hospital Serdang, selepas dimasukkan ke wad kecemasan di zon kritikal hospital berkenaan sejak kelmarin.

Berita tentang pemergiaan Jaafar itu turut dikongsikan rakan penyanyi, Zur Eda menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, sebentar tadi.

“Innalillahiwainnalillahirojiun. Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Jaafar Onn yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi,” tulisnya.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang pemergiaan arwah melalui anak angkatnya, Hanif belum berhasil apabila panggilan telefon dimatikan.

Semalam, Kosmo! melaporkan pelakon sitkom Cili Padi itu dimasukkan ke wad kecemasan di zon kritikal Hospital Serdang selepas mengalami pendarahan ketika membuang air besar.

Bagaimanapun, Hanif sewaktu dihubungi memberitahu keadaan bapa angkatnya yang dipanggil papa itu stabil, malah boleh berbual walaupun dalam keadaan lemah.

Jaafar yang memasuki industri hiburan sekitar tahun 1970-an, kini mengalami masalah kesihatan apabila kakinya membengkak sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI