fbpx

[VIDEO] Jenazah Jaafar Onn dikebumikan selepas maghrib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa jenazah Jaafar Onn ketika tiba di kampung halamannya sebentar tadi.

MUAR – Jenazah Allaharyam Jaafar Onn selamat tiba di kediaman keluarganya di Kampung Tanjung Gading, di sini, tadi.

Jenazah tiba sekitar pukul 3.15 petang dengan disambut oleh ahli keluarganya termasuk kakak sulung, Teh Awang, 80.

Kira-kira 50 tetamu lain termasuk saudara-mara, kenalan dan penduduk kampung turut memenuhi kediaman berkenaan.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Jamek Al-Firdausi Tanjung Gading untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Gading selepas solat maghrib.

Terdahulu, Allayarham Jaafar Onn, 73, yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah Serdang pada pukul 11 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI